BERSUAMI kerabat raja Kedah, Amelia Thripura Henderson BUKAN kejar hidup MEWAH..!!

Pelakon dan model Amelia Thripura Henderson tidak mengejar kemewahan hidup apabila memilih kerabat diraja Kedah sebagai suaminya.

“Percayalah kalau saya kejar kemewahan semata-mata pasti hidup saya tidak akan tenang dan berasa kosong,” kata pelakon drama “Keluarga Adam” ini kepada Harian Metro.



Bergelar Che Puan, Amelia yang berdarah kacukan India-Scotland mendirikan rumah tangga dengan Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada 14 Ogos lalu.

Menjawab tohmahan, beliau berkata “saya hanya mencari seorang suami yang boleh membimbing dan menggembirakan hati saya.”

Bersyukur mendapat pasangan yang memahami, pengacara ini berkata beliau awalnya tidak merancang kahwin muda “tetapi selepas kami berjumpa dan berkenalan, hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya.”

 Mereka pertama kali bertemu ketika Amelia mengacarakan majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapa Harrunnarasheed, bekas Tunku Bendahara Kedah, allahyarham Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna dua tahun lalu.

“Suami sangat ‘sporting’ dan tidak menyekat perkara yang ingin saya lakukan dalam hidup,” beliau, yang menjadi model iklan sejak kecil, dilaporkan berkata.

Amelia, 21, juga berkata hidupnya bahagia dan sempurna selepas nekad menamatkan zaman bujang pada usia muda sembilan bulan lalu.

“Sebelum mengambil keputusan berkahwin, ramai kawan mengatakan kehidupan sebagai isteri sangat sukar kerana banyak dugaan yang perlu ditempuh,” katanya.



“Bagaimanapun saya bersyukur kerana sepanjang bergelar isteri, saya tidak pernah mengalami pengalaman itu. Kami bahagia bersama dan memahami antara satu sama lain.”

Anak kelahiran Kelang, Selangor itu juga bersyukur dirinya semakin matang dan rezekinya bertambah selepas naik pelamin.

“Ramai yang mengatakan lepas berkahwin pasti tiada lagi ruang untuk meneruskan karier seni lakonan, tetapi syukur rezeki dalam lakonan semakin bertambah,” katanya lagi.

Amelia baru menandatangani kontrak sebagai artis naungan Astro Talent Management.

“Ketika dilamar minggu lalu saya sangat teruja kerana berharap karier seni saya akan lebih berkembang dan mekar dalam industri seni tanah air,” katanya kepada akhbar itu.

Sejak usia tiga tahun, wajahnya menghiasi iklan-iklan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa termasuk Cadbury, Samsung, Malaysian Airlines, Nestle dan Petronas.

Sumber : Malay Mail

0 Response to "BERSUAMI kerabat raja Kedah, Amelia Thripura Henderson BUKAN kejar hidup MEWAH..!!"

Post a Comment